Pages

Pertandingan Bola Baling MSSM (K) Jementah

Tahniah..... tahniah  diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah yang telah berjaya menjadi johan kedua-dua kategori dalam perandingan tersebut. Sebanyak dua buah sekolah telah bertanding iaitu SK Paya Jakas dan SK Ladang Welch. SK Paya Jakas telah bersedia dengan dua pasukan bagi kedua-dua kategori iaitu perempuan dan lelaki.Pasukan telah dilatih oleh Pn Norashikin dan Pn Nor Idzma.Berikut keputusan  pertandingan


Kategori Lelaki:

Johan : SK Paya Jakas B
Naib Johan : SK Paya Jakas A
Ketiga : SK Ladang Welch

Kategori Perempuan
Johan : SK Paya Jakas A
Naib Johan : SK Paya Jakas B
Ketiga : SK Ladang Welch





Pertandingan Mewarna Minggu Anti Dadah

Selasa 1 Mac 2011 ,berlangsungnya pertandingan mewarna untuk murid-murid Prasekolah,Tahap Satu dan Tahap Dua.

 Inilah Pn Roziah Bt Wasimin yang mengelolakan minggu Anti dadah pada minggu ini.
En Ramli B Khamis memerhatikan murid yang sedang sibuk mewarnakan gambar sempena Minggu Anti Dadah

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Pada hari Isnin telah dilancarkan minggu anti dadah, ia telah dirasmikan oleh Pn Hamidah Bt Abdullah.Bermakna pada mingu ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti berkaitan dadah .

Guru dan murid khusyuk mendengar ucapan perasmian oleh Pn Hamidah


Adik Durrah sedang mendeklamasikan sajak

Murid-murid mendendangkan lagu Hitam Putih Kehidupan.......


Selamat Bertugas di sekolah baru...

"Tahniah dan Selamat bertugas di sekolah baru" inilah ucapan yang akan keluar dari semua guru dan staff di sekolah SKPJ dua hari ini. Cikgu Mohd Ghazali B Haron telah ditukarkan ke SK Dato` Seri Maharajalela, dari surat yang diterima tarikh pertukaran adalah bermula 16 Februari 2011.Walaubagaimanapun beliau telah menerima surat dan dipanggil ketaklimat pada hari ini 23/2/2011.
jangan tak buat kerja tau !



Tahniah !

Ucapan Tahniah kepada Pn Roziah Bt Wasimin  dan Pn Hamidah Bt Abdullah di atas kenaikan pangkat suami mereka ... Suami Pn Roziah iaitu Cikgu Yazid telah dinaikkan pangkat kepada GPK Kokurikulum di SK Pogoh, manakala suami Pn Hamidah Cikgu Mohd Ilham Ganesh telah dinaikkan pangkat kepada GPK HEM di sekolah tempat bertugas iaitu SK Jementah...

MAJLIS IKRAR DAN MOTIVASI MURID BERSAMA IBU BAPA SKPJ 2011

Rabu, 23 Februari adalah hari yang sangat bertuah kepada warga sekolah SK Paya Jakas kerana telah berjaya menjalankan Majlis Hari Ikrar dan Motivasi Murid bersama Ibubapa untuk murid-murid tahun 6. Kehadiran Ibu bapa sangat membanggakan.Majlis Motivasi ini telah menjemput En Joehadi Bin Parcho ,Pegawai Khas Kokurikulum ,Pegawai Pelajaran Daerah Kluang.Semoga dengan motivasi yang dijalankan ini dapat memberikan semangat yang baru dan berupaya membawa kejayaan yang cemerlang kepada diri sendiri dan sekolah.
           Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En Joehadi yang sudi hadir ke Sekolah Paya Jakas memberikan motivasi yang sungguh berkesan......



Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2011

Mesyuarat Ajk PIBG Kali Pertama diadakan pada

Tarikh: 18/2/2011
Masa : 3.00 ptg
Tempat : SK paya Jakas

Semua AJK dari kalangan guru dan ibubapa dijemput hadir bagi membincangkan program yang akan diadakan sepanjang tahun 2011
Syaikh Mutawalli Sha'rawi (1911 – 1998) telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyyah (hal. 295): “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم?"

MAULIDURRASUL 1432

Selamat menyambut Sambutan Maulidurrasul 1432.Pihak Sekolah berkemungkinan akan menyambutnya bersama peringkat Zon Jementah yang terdiri dari 5 buah sekolah berhampiran iaitu SMK Jementah, SMK Seri Jementah, SK jementah, Sk Paya Jakas dan SK Ladang Welch seperti tahun lepas.Insya Allah..........5 MAC 2011 (SABTU)

PERLEMBAGAAN KELAB GURU 2011

PERLEMBAGAAN KELAB GURU SK PAYA JAKAS

1. Keahlian :

Semua guru SK Paya Jakas dan Kakitangan Pejabat adalah menjadi ahli secara langsung selama mana bertugas di sekolah ini.

2. Yuran:

Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab yang terdiri dari :
i. Yuran Keahlian : RM 80.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kelab.
ii. Yuran Kebajikan : RM 20.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kebajikan.
Pungutan yuran akan dijalankan oleh Bendahari Kelab yang dilantik. Pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut :
i. Bayaran penuh : RM 100 sekali gus.
ii. Dua kali setahun iaitu RM 50 penggal pertama dan RM 50 penggal kedua
iii. Berkala mengikut kemampuan
3. Kegunaan Wang Tabung Kelab:
3.1 Hadiah untuk ahli-ahli yang bertukar atau bersara dengan syarat berkhidmat
sekurang-kurangnya 2 tahun di SK Paya Jakas. Hadiah bernilai RM 20 dan
ditambahnilai sebanyak RM 5.00 x jumlah tahun berkhidmat ( kecuali 2 tahun
pertama). Nilai hadiah boleh ditingkatkan jika terdapat sumbangan ikhlas atau derma
daripada ahli atau pihak lain.
3.2 Sakit dan diwadkan.
Bagi ahli yang dimasukkan ke hospital kecuali atas sebab bersalin akan dihadiahkan
sebakul buah bernilai RM 20.00. Wakil Kelab akan menziarahi.

3.3 Membeli pelbagai peralatan yang sesuai untuk kegunaan atau keperluan semua.
3.4 Membeli hadiah Hari Guru mengikut kadar yang sewajarnya.( di mesyuaratkan)
3.5 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan bersalin anak pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.
3.6 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan berkahwin pada kali pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.

3.8 Hadiah Harijadi .
Bagi meraikan harijadi ahli, Kelab Guru akan melaksanakan mana-
mana cara berikut :
i. Membelikan hadiah khas, atau
ii. Mengadakan jamuan / pot-luck . atau
iii. Mengadakan majlis bacaan doa selamat atau
iv. Memberi sijil / kad ucapan selamat menyambut hari lahir.
Harijadi bagi bulan November dan disember akan digabungkan.
4. Jamuan
4.1 Mana-mana ahli kelab yang bertukar atau bersara dan telah berkhidmat sekurang-
kurangnya 2 tahun, jamuan perpisahan akan diadakan. Perbelanjaan akan dipungut
daripada ahli-ahli yang lain. Jamuan juga boleh dibuat secara pot-luck di mana ahli-
ahli kelab menyumbangkan makanan mengikut kemampuan untuk juadah jamuan.
4.2 Jamuan tahunan akan diadakan pada hujung tahun untuk semua ahli. Tempat akan
ditetapkan oleh AJK . Bayaran tambahan akan dipungut daripada ahli mengikut kadar
yang diperlukan . Pasangan dan anak-anak adalah optional dan perlu membayar kos
tambahan jika kos bayaran utama tidak mencukupi .
5. Kematian.
Jika berlaku kematian, Kelab Guru akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut :
i. Kematian ahli akan disumbangkan dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah
nilai melalui pungutan derma.
ii. Kematian ahli keluarga ahli ( suami, isteri, ibu bapa dan anak ) akan disumbangkan
dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah nilai melalui pungutan derma.
iii. Wakil kelab akan menziarahi kematian ahli muslim dan menyerahkan sumbangan.
iv. Majlis bacaan Yasin dan tahli akan diadakan.
v. Bagi kematian ahli non-muslim, sumbangan akan diberi sebelum upacara pengkebumian.
6. Menunaikan Fardu Haji
Derma ikhlas akan dipungut daripada ahli-ahli untuk disumbangkan kepada ahli-ahli yang
akan mengerjakan ibadah haji. Majlis doa selamat akan diadakan.

7. Kegiatan Luar
7.1 Kelab Guru akan menerima pelawaan atau jemputan pihak luar untuk
membuat promosi, pameran , ceramah, aktiviti kesukanan , kemahiran hidup , kelas
fardu ain dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan perlu diadakan. Sebarang aktiviti
luar adalah terbuka kepada semua ahli untuk menyertainya.
7.2 Hari Keluarga atau Sukaneka akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan besar ahli kelab.

8. Derma
Jika terdapat permohonan derma daripada luar, kutipan akan dibuat di kalangan guru-guru
secara sukarela.

9. Baju Rasmi Sekolah
Baju Rasmi Sekolah akan dipersetujui bersama dari segi jenis dan kosnya. Bayaran kos akan
dipungut daripada setiap ahli.

10. Mesyuarat
10.1. Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
10.2. Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

Larian Perdana Mahkota

Larian ini telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi.Kesemua murid dari tahun 3 hingga murid tahun 6, semua guru dan kakitangan sekolah telah terlibat untuk menjayakan larian tersebut sejauh 2.5 km.
Larian telah dimulakan oleh GPK 1 iaitu En Ramli Bin Khamis. Sekolah juga telah bergabung dengan SJK(T) Ladang Nagappa dan ini menjadikan lebih ramai pelajar dan guru yang terlibat.Tahniah kepada murid yang telah memenangi larian tersebut. Sebanyak empat kategori disediakan iaitu baah 12 tahun L/P dan bawah 10 tahun L/P sehingga no5.
Pelajar yang menamatkan larian dari no1 hingga no20 diambil untuk pengiraan mata sebagai mata tambahan Hari Skan yang akan dijalankan pada pertengahan tahun.capan terima kaih kepada pihak Polis,Kementerian Kesitahan dan Rela yang membantu dalam program tersebut.
Larian ini juga merupakan perasmian untuk "satu murid satu sukan" dan menjadi rekod untuk larian terbanyak lebih kurang seramai 635,000 orang oleh JPNJ.











Cetak Sendiri Maklumat Guru

Untuk semua guru SK Paya Jakas yang ingin memiliki maklumat guru,ia boleh dicetak sendiri . Cara mudah untuk mencetak :

1.sila login ke :http://emisonline.moe.gov.my/
2.Sila masukkan No K/P sendiri pada ruang NO K/P dan juga Kata Laluan
3.Sila isikan no pengesahan seperti tertera.
4.Kemudian tekan login.... Nama anda akan tertera
5.Kemudian cari ikon CETAK PROFIL dan tekan.
6.Sekarang anda boleh mencetak maklumat anda sendiri

SILA SEMAK MAKLUMAT ANDA JIKA ADA YANG SILAP ATAU KURANG ,JANGAN LUPA SILA BERITAHU KEPADA GURU DATA....

PERGERAKAN GURU....

Sekolah telah mengalami lebih guru,mengikut TP yang dikeluarkan sekolah sepatutnya mempunyai 18 orang guru,buat masa ini terdapat seramat 23 orang.Oleh itu akan ada pergerakan guru (ditukarkan).Seorang telah ditukarkan oleh itu masih lagi terdapat 4 orang guru lebih.
Cikgu Norzalidanorfiza Bt Mohd Ghazali ,telahpun ditukarkan ke SK Gelang Cincin pada tarikh 1/1/2011 mengikut tarikh surat.Walaubagaimanapun beliau telah ke sekolah baru pada 18/1/2011 (selasa)di atas kelewatan surat yang diterima.Ucapan Tahniah kepada Cikgu Zalida di atas pertukaran tersebut.Semoga "sukses" disekolah baru dan bertemu rakan lama Cikgu Sri Bayu......Guru -guru di SKPJ mendoakan kesejahteraan ......