Pages

GPK 1 berpindah....
Tahniah ! diucapkan kepada En Ramli B Khamis akan berpindah ke SK Kg Awat sebagai Guru Besar disitu bermula bulan Mei ini.
Selamat menjalankan tugas di sekolah baru dengan jawatan yang baru ye.......

Pertandingan Bola Baling MSSM (K) Jementah

Tahniah..... tahniah  diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah yang telah berjaya menjadi johan kedua-dua kategori dalam perandingan tersebut. Sebanyak dua buah sekolah telah bertanding iaitu SK Paya Jakas dan SK Ladang Welch. SK Paya Jakas telah bersedia dengan dua pasukan bagi kedua-dua kategori iaitu perempuan dan lelaki.Pasukan telah dilatih oleh Pn Norashikin dan Pn Nor Idzma.Berikut keputusan  pertandingan


Kategori Lelaki:

Johan : SK Paya Jakas B
Naib Johan : SK Paya Jakas A
Ketiga : SK Ladang Welch

Kategori Perempuan
Johan : SK Paya Jakas A
Naib Johan : SK Paya Jakas B
Ketiga : SK Ladang Welch





Pertandingan Mewarna Minggu Anti Dadah

Selasa 1 Mac 2011 ,berlangsungnya pertandingan mewarna untuk murid-murid Prasekolah,Tahap Satu dan Tahap Dua.

 Inilah Pn Roziah Bt Wasimin yang mengelolakan minggu Anti dadah pada minggu ini.
En Ramli B Khamis memerhatikan murid yang sedang sibuk mewarnakan gambar sempena Minggu Anti Dadah

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH

Pada hari Isnin telah dilancarkan minggu anti dadah, ia telah dirasmikan oleh Pn Hamidah Bt Abdullah.Bermakna pada mingu ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti berkaitan dadah .

Guru dan murid khusyuk mendengar ucapan perasmian oleh Pn Hamidah


Adik Durrah sedang mendeklamasikan sajak

Murid-murid mendendangkan lagu Hitam Putih Kehidupan.......