Pages

SENARAI GURU DAN BUKAN GURU 2011(TERBARU)

SENARAI GURU

1. TN HJ ZA`BAR BIN MOHD - GURU BESAR
2. EN RAMLI BIN KHAMIS - PK 1
3. PN HAMIDAH BT ABDULLAH - PK HEM
4. EN MOHD GHAZALI BIN HARON - PK KOKURIKULUM
5. EN MD AZLEE BIN RAKAL @ ZAKARIA - PEMULIHAN
6. PN ALIZA BT KASRAN - MEDIA
7. PN NORDIANA BT ISMAIL - JQAF
8. PN NOOR AZILA BT ABD GHANI - JQAF
9. EN ADNAN B JABI
10.PN HAIRINA BT ABDULLAH
11.PN ROHIZA BT HUSSAIN
12.PN ROZIAH BT WASIMIN
13.EN SAHARUDIN BIN MOKHTAR
14.EN SAZALI BIN SALIM
15.EN MOHD SABRI BIN SAHIR
16.PN NOR ASHIKIN BT MD TAHIR
17.EN AZMI BIN TAWANG
18.PN HARLIZA BT BASRI
19.PN DAHLINA BT KAMAT
20.PN NOR IDZMA BT MOHAMAD
21.PN NORIZAWATIE BT SHAFIE
22.PN RAHAYU BT KARMIDI


SENARAI BUKAN GURU

1.PN ROHANI BT YA`COB -PTR
2.PN JAMALIAH BT BIDIN -PTR
3.CIK DALILAH BT NORHANI -PPM
4.EN RAHMAT BIN KARIM -PAP

Berkemungkinan guru akan dikurangkan kerana berlebihan..

Cetak sendiri slip gaji

Untuk tahun 2011 semua guru yang ingin memiliki slip gaji hendaklah mencetaknya sendiri . Ia telah bermula pada bulan November yang lalu. Cara mudah untuk mendaftar :-



Pertama sekali klik kat logo e-penyata gaji & laporan dalam web jabatan akauntan negara
1. Klip Akses Sistem


2. Klip Daftar Masuk


3. Isi Maklumat daftar pengguna baru (Pertama Kali Daftar)

sediakan maklumat ini
no kad pengenalan
no gaji
reka kata laluan
-sah kata laluan

jawab soalan keselamatan



.....SUDAH SIAP...kemudian cuba log in semula

BERMULA PERSEKOLAHAN 2011

Tahniah diucapkan kepada semua guru.....
Cuti persekolahan hampir tamat, semua guru dihenedaki menghadirkan diri kemesyuarat yang akan diadakan pada hari Isnin 27/12 /2010 pada jam 8.00 pagi. Kehadiran adalah wajibkan.
Tahniah kepada guru yang baru masuk ke SK Paya Jakas ...Selamat bertugas di sekolah baru.
Kepada guru-guru yang keluar juga diucapkan selamat bertugas disekolah yang baru...

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Naik Darjah...

                     Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Paya Jakas telah berlangsung pada jam 8.30 pagi yang telah dirasmikan oleh En Sani B Ngatimin Yang dipertua PIBG , Majlis diadakan secara kecil-kecilan bagi menghargai dan memotivasikan murid yang berjaya dan tidak berjaya. Tahniah diucapkan kepada murid yang menerima hadiah dan bagi murid yang belum menguasai untuk menerima hadiah diharap dapat berusah bersunguh-sungguh.

                  Kemudian ,pada jam 11.00 pagi pula ,murid menjalankan  gotong-royong untuk membersihkan kelas dan naik darjah.Murid tahun 2,3,dan 4 ditempatkan dibangunan blok baru,Tahun 5 disebelah Prasekolah dan tahun 6 pula di sebelah bilik guru. Tahun satu pula dikelas yang sama tahun ini.

PERTUKARAN TELAH LULUS !

Pn Rahaya (ustazah) telah lulus pertukarannya ke kelantan semula bermula Januari 2010.... Selamat menjalankan tugas di negeri kelahiran

Perkemahan Unit Beruniform SKPJ 2010


Perkhemahan unit beruniform SK Paya Jakas telah dijalankan pada 12 hingga 14 November 2010. Seramai 67 orang murid telah menyertainya terdiri dari murid tahun 3 hingga  tahujn 6 yang melibatkan  3 buah badan unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-kanan, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekola (TKRS).
       

Perkhemahan telah bermula pada hari jumaat jam 3.00 petang (pendaftaran), dan murid telah dibenarkan memasang khemah dipadang sehingga jam 5.00 petang.Aktiviti memasang khemah telah di pantau oleh beberapa orang guru dan ahli PIBG  agar murid dapat memasang khemah tanpa sebarang masalah.

        

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan dan Motivasi dijalankan pada sebelah malam, diikuti aktiviti "Burung Hantu"
Motivasi disampaikan oleh Cikgu Zuraimey dari SK Jementah.



Aktiviti "Flying Fox" dijalankan pada sebelah pagi yag disediakan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA) segamat.


Murid kelihatan letih setelah menjalankan aktiviti "jungle tracking" sejauh lebih 5km yang melalui kawasan Ulu Jementah dan Paya Jakas.


Malam Persembahan Kebudayaan Unit Beruniform pada jam 9.00 malam, sebelum itu pelajara dihidangkan dengan nasi goreng dan ayam bakar untuk makan malam.



Poco-poco dijalankan sebanyak 2 pagi sebelum sarapan pagi yang dijalankan di dewan terbuka sekolah. Poco-poco ini diketuai oleh Cikgu Nor Idzma



Buku Program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 

Cikgu Saharudin menyampaikan  "post Mortem "perkhemahan.


Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SKPJ 2010
 
 Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama di dalam menjayakan program perkhemahan ini.......




Majlis Jamuan Akhir Tahun

         Majlis Jamuan Akhir Tahun telah diadakan di Hotel Villa pada hari Isnin 8/11/2010  bermula jam 8.30 malam.Kesemua guru SKPJ telah hadir ke jamuan tersebut dengan sebahagian guru membwa
keluarga masing-masing.
         Guru -guru telah dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan beserta pencuci mulut .Meriahnya majlis tersebut kerana adanya acara permainan untuk guru-guru mendapatkan nombor hadiah bertuah.Dengan memecahkan belon yang diisi dengan tepung dan mengeluarkan nombor dari penyedut minuman guru-guru akan memperolehi nombor dan menerima hadiah yang disediakan.
         Terima kasih kepada Cikgu Hamidah yang bersusah payah mencari penyumbang hadiah tersebut....












Hadiah juga diberikan kepada dua orang guru yang yang telah memperolehi anak yang pertama iaitu Cikgu Norizawati . Seorang lagi guru menerima hadiah kerana kana bernikah pada hujung bulan November nanti..... Tahniah diucapkan kepada dua orang guru ini.
 " gunalah barang ni untuk anak tu ye"
" bentangkan elok-elok tau"

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tahniah kepada murid-murid tahun 6/2010 diatas keputusan UPSR yang dikeluarkan pada hari ini.
Keputusan setiap matapelajaran adalah seperti berikut B.Melayu Pemahanan 95.45 %. B. Melayu Penulisan 70.45 %. B Inggeris 68.18%. Matematik 75% dan sains 90.91 %. Seramai 44 orang murid telah menduduki UPSR tahun ini dan memperolehi keputusan 56.8 % lulus
Seorang pelajar telah mendapat 5A ( Siti NurafifahBaktiar) 3 Orang 4A 1B (Nurul Fatin Bt Mohd Noh,Rosain Taibridon dan Siti Nur Adriana Rosli)dan 4 orang 3A 2B(Khairul Mukhlis Ismail,Kohgulan Aridas,Siti Nur Shafika Husein danNur Emeyza Lajim). Mereka adalah antara pelajar Score A. Tahniah Kepada adik Siti Nur Afifah Bt Baktiar yang telah memperolehi keputusan cemerlang 5A.
Adik Siti Nur Afifah yang memperolehi 5A

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua guru-guru skpj terutama sekali guru-guru yang mengajar tahun 6 2010 :Cikgu Sazali ,Cikgu Roziah,Cikgu Hairina,Cikgu Zalida,Cikgu Adnan dan Cikgu Nor Idzma.
Semoga pada tahun hadapan skpj akan mendapat keputusan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah....

Minggu pergi kursus..............

               Minggu ini hampir separuh dari guru-guru di sekolah diminta menghadiri pelbagai kursus. Sekolah kekurangan guru bermula pada hari selasa hingga jumaat.Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan kepada guru kerana kurikulum baru telah diperkenalkan setelah 10 tahun KBSR disemak .Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini melibakan hampir kesemua matapelajaran di tahun 1.Kursus KSSR ini telah bermula 2 minggu yang lalu melibatkan matapelajaran B melayu dan B Inggeris.Minggu ini pula melibatkan matapelajaran Sains dan Dunia Teknologi dan mapelajaran Pendididkan Seni dan Muzik
            Sebahagian lagi guru menghadiri kursus LINUS di Muar selama 3 hari (10-12), Kursus yang membantu menyediakan murid boleh menguasai 4M.

Habis Sudah Bulan BBK SK Paya Jakas


          Pada hari isnin yang lepas telah diadakan  Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan ,di mana pada hari-hari sebelumya telah dijalankan beberapa pertandingan seperti pertandingan membaca,membaca sajak dan melukis serta mewarna.Guru besar Tn Hj Za`bar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
          Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang, mereka telah dapat menunjukkan bakat sebenar mreka di dalam pertandingan yang disertai.Walaupun, peluang memenangi hadiah sepatutnya diberikan kepada pelajar lain, tidaklah pelajar menerima hadiah lebih dari satu,kenalah beri peluang pelajar yang lain menunjukkan bakat mungkin bakat mereka tersimpan dan malu.
           Diucapkan tahniah sekali lagi kepada semua guru-guru yang menjayakan Program BBK ini terutama kepada penyelaras kita Pn Rohiza Bt Hussain.


                                      







sebahagian murid yang menerima hadiah pertandingan

Konvo..TAJ Daerah Segamat

Hari ini berlangsungnya hari sukan dan konvokesyen TAJ daerah segamat. Acara sukan berlagsung pada sebelah pagi dan konvokesyen berlangsung sebelah petangnya.Kedua-dua acara ini di adakan di Chaah Segamat.
Apa yang paling membanggakan ialah pimpinan bacaan doa dipimpin oleh adik Fatimahtuzahrah .Alhamdulillah sekecil ini boleh memimpin bacaan doa.Sungguh berani jiwa adik ini, semoga adik ini menjadi insan solehah apabila dewasa dan menjadi pemimpin yang disegani.......
barang-barang keperluan guru seharian...

Pertandingan bacaan sajak sempena BBK 2010

Pertandingan dijalankan pada minggu ini bagi memenuhi hari selepas Peperiksaan Akhir Tahun.
Ia dijalankan pada waktu selepas rehat mengikut tahap . Ia bertujuan mencungkil bakat-bakat murid dalam mendeklamasikan sajak.