Pages

Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2011

Mesyuarat Ajk PIBG Kali Pertama diadakan pada

Tarikh: 18/2/2011
Masa : 3.00 ptg
Tempat : SK paya Jakas

Semua AJK dari kalangan guru dan ibubapa dijemput hadir bagi membincangkan program yang akan diadakan sepanjang tahun 2011
Syaikh Mutawalli Sha'rawi (1911 – 1998) telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyyah (hal. 295): “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم?"

MAULIDURRASUL 1432

Selamat menyambut Sambutan Maulidurrasul 1432.Pihak Sekolah berkemungkinan akan menyambutnya bersama peringkat Zon Jementah yang terdiri dari 5 buah sekolah berhampiran iaitu SMK Jementah, SMK Seri Jementah, SK jementah, Sk Paya Jakas dan SK Ladang Welch seperti tahun lepas.Insya Allah..........5 MAC 2011 (SABTU)

PERLEMBAGAAN KELAB GURU 2011

PERLEMBAGAAN KELAB GURU SK PAYA JAKAS

1. Keahlian :

Semua guru SK Paya Jakas dan Kakitangan Pejabat adalah menjadi ahli secara langsung selama mana bertugas di sekolah ini.

2. Yuran:

Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab yang terdiri dari :
i. Yuran Keahlian : RM 80.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kelab.
ii. Yuran Kebajikan : RM 20.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kebajikan.
Pungutan yuran akan dijalankan oleh Bendahari Kelab yang dilantik. Pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut :
i. Bayaran penuh : RM 100 sekali gus.
ii. Dua kali setahun iaitu RM 50 penggal pertama dan RM 50 penggal kedua
iii. Berkala mengikut kemampuan
3. Kegunaan Wang Tabung Kelab:
3.1 Hadiah untuk ahli-ahli yang bertukar atau bersara dengan syarat berkhidmat
sekurang-kurangnya 2 tahun di SK Paya Jakas. Hadiah bernilai RM 20 dan
ditambahnilai sebanyak RM 5.00 x jumlah tahun berkhidmat ( kecuali 2 tahun
pertama). Nilai hadiah boleh ditingkatkan jika terdapat sumbangan ikhlas atau derma
daripada ahli atau pihak lain.
3.2 Sakit dan diwadkan.
Bagi ahli yang dimasukkan ke hospital kecuali atas sebab bersalin akan dihadiahkan
sebakul buah bernilai RM 20.00. Wakil Kelab akan menziarahi.

3.3 Membeli pelbagai peralatan yang sesuai untuk kegunaan atau keperluan semua.
3.4 Membeli hadiah Hari Guru mengikut kadar yang sewajarnya.( di mesyuaratkan)
3.5 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan bersalin anak pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.
3.6 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan berkahwin pada kali pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.

3.8 Hadiah Harijadi .
Bagi meraikan harijadi ahli, Kelab Guru akan melaksanakan mana-
mana cara berikut :
i. Membelikan hadiah khas, atau
ii. Mengadakan jamuan / pot-luck . atau
iii. Mengadakan majlis bacaan doa selamat atau
iv. Memberi sijil / kad ucapan selamat menyambut hari lahir.
Harijadi bagi bulan November dan disember akan digabungkan.
4. Jamuan
4.1 Mana-mana ahli kelab yang bertukar atau bersara dan telah berkhidmat sekurang-
kurangnya 2 tahun, jamuan perpisahan akan diadakan. Perbelanjaan akan dipungut
daripada ahli-ahli yang lain. Jamuan juga boleh dibuat secara pot-luck di mana ahli-
ahli kelab menyumbangkan makanan mengikut kemampuan untuk juadah jamuan.
4.2 Jamuan tahunan akan diadakan pada hujung tahun untuk semua ahli. Tempat akan
ditetapkan oleh AJK . Bayaran tambahan akan dipungut daripada ahli mengikut kadar
yang diperlukan . Pasangan dan anak-anak adalah optional dan perlu membayar kos
tambahan jika kos bayaran utama tidak mencukupi .
5. Kematian.
Jika berlaku kematian, Kelab Guru akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut :
i. Kematian ahli akan disumbangkan dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah
nilai melalui pungutan derma.
ii. Kematian ahli keluarga ahli ( suami, isteri, ibu bapa dan anak ) akan disumbangkan
dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah nilai melalui pungutan derma.
iii. Wakil kelab akan menziarahi kematian ahli muslim dan menyerahkan sumbangan.
iv. Majlis bacaan Yasin dan tahli akan diadakan.
v. Bagi kematian ahli non-muslim, sumbangan akan diberi sebelum upacara pengkebumian.
6. Menunaikan Fardu Haji
Derma ikhlas akan dipungut daripada ahli-ahli untuk disumbangkan kepada ahli-ahli yang
akan mengerjakan ibadah haji. Majlis doa selamat akan diadakan.

7. Kegiatan Luar
7.1 Kelab Guru akan menerima pelawaan atau jemputan pihak luar untuk
membuat promosi, pameran , ceramah, aktiviti kesukanan , kemahiran hidup , kelas
fardu ain dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan perlu diadakan. Sebarang aktiviti
luar adalah terbuka kepada semua ahli untuk menyertainya.
7.2 Hari Keluarga atau Sukaneka akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan besar ahli kelab.

8. Derma
Jika terdapat permohonan derma daripada luar, kutipan akan dibuat di kalangan guru-guru
secara sukarela.

9. Baju Rasmi Sekolah
Baju Rasmi Sekolah akan dipersetujui bersama dari segi jenis dan kosnya. Bayaran kos akan
dipungut daripada setiap ahli.

10. Mesyuarat
10.1. Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
10.2. Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

Larian Perdana Mahkota

Larian ini telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi.Kesemua murid dari tahun 3 hingga murid tahun 6, semua guru dan kakitangan sekolah telah terlibat untuk menjayakan larian tersebut sejauh 2.5 km.
Larian telah dimulakan oleh GPK 1 iaitu En Ramli Bin Khamis. Sekolah juga telah bergabung dengan SJK(T) Ladang Nagappa dan ini menjadikan lebih ramai pelajar dan guru yang terlibat.Tahniah kepada murid yang telah memenangi larian tersebut. Sebanyak empat kategori disediakan iaitu baah 12 tahun L/P dan bawah 10 tahun L/P sehingga no5.
Pelajar yang menamatkan larian dari no1 hingga no20 diambil untuk pengiraan mata sebagai mata tambahan Hari Skan yang akan dijalankan pada pertengahan tahun.capan terima kaih kepada pihak Polis,Kementerian Kesitahan dan Rela yang membantu dalam program tersebut.
Larian ini juga merupakan perasmian untuk "satu murid satu sukan" dan menjadi rekod untuk larian terbanyak lebih kurang seramai 635,000 orang oleh JPNJ.