Pages

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Naik Darjah...

                     Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Paya Jakas telah berlangsung pada jam 8.30 pagi yang telah dirasmikan oleh En Sani B Ngatimin Yang dipertua PIBG , Majlis diadakan secara kecil-kecilan bagi menghargai dan memotivasikan murid yang berjaya dan tidak berjaya. Tahniah diucapkan kepada murid yang menerima hadiah dan bagi murid yang belum menguasai untuk menerima hadiah diharap dapat berusah bersunguh-sungguh.

                  Kemudian ,pada jam 11.00 pagi pula ,murid menjalankan  gotong-royong untuk membersihkan kelas dan naik darjah.Murid tahun 2,3,dan 4 ditempatkan dibangunan blok baru,Tahun 5 disebelah Prasekolah dan tahun 6 pula di sebelah bilik guru. Tahun satu pula dikelas yang sama tahun ini.

PERTUKARAN TELAH LULUS !

Pn Rahaya (ustazah) telah lulus pertukarannya ke kelantan semula bermula Januari 2010.... Selamat menjalankan tugas di negeri kelahiran

Perkemahan Unit Beruniform SKPJ 2010


Perkhemahan unit beruniform SK Paya Jakas telah dijalankan pada 12 hingga 14 November 2010. Seramai 67 orang murid telah menyertainya terdiri dari murid tahun 3 hingga  tahujn 6 yang melibatkan  3 buah badan unit beruniform iaitu Pengakap Kanak-kanan, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekola (TKRS).
       

Perkhemahan telah bermula pada hari jumaat jam 3.00 petang (pendaftaran), dan murid telah dibenarkan memasang khemah dipadang sehingga jam 5.00 petang.Aktiviti memasang khemah telah di pantau oleh beberapa orang guru dan ahli PIBG  agar murid dapat memasang khemah tanpa sebarang masalah.

        

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan dan Motivasi dijalankan pada sebelah malam, diikuti aktiviti "Burung Hantu"
Motivasi disampaikan oleh Cikgu Zuraimey dari SK Jementah.



Aktiviti "Flying Fox" dijalankan pada sebelah pagi yag disediakan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA) segamat.


Murid kelihatan letih setelah menjalankan aktiviti "jungle tracking" sejauh lebih 5km yang melalui kawasan Ulu Jementah dan Paya Jakas.


Malam Persembahan Kebudayaan Unit Beruniform pada jam 9.00 malam, sebelum itu pelajara dihidangkan dengan nasi goreng dan ayam bakar untuk makan malam.



Poco-poco dijalankan sebanyak 2 pagi sebelum sarapan pagi yang dijalankan di dewan terbuka sekolah. Poco-poco ini diketuai oleh Cikgu Nor Idzma



Buku Program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 

Cikgu Saharudin menyampaikan  "post Mortem "perkhemahan.


Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform SKPJ 2010
 
 Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama di dalam menjayakan program perkhemahan ini.......