Pages

Majlis Jamuan Akhir Tahun

         Majlis Jamuan Akhir Tahun telah diadakan di Hotel Villa pada hari Isnin 8/11/2010  bermula jam 8.30 malam.Kesemua guru SKPJ telah hadir ke jamuan tersebut dengan sebahagian guru membwa
keluarga masing-masing.
         Guru -guru telah dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan beserta pencuci mulut .Meriahnya majlis tersebut kerana adanya acara permainan untuk guru-guru mendapatkan nombor hadiah bertuah.Dengan memecahkan belon yang diisi dengan tepung dan mengeluarkan nombor dari penyedut minuman guru-guru akan memperolehi nombor dan menerima hadiah yang disediakan.
         Terima kasih kepada Cikgu Hamidah yang bersusah payah mencari penyumbang hadiah tersebut....












Hadiah juga diberikan kepada dua orang guru yang yang telah memperolehi anak yang pertama iaitu Cikgu Norizawati . Seorang lagi guru menerima hadiah kerana kana bernikah pada hujung bulan November nanti..... Tahniah diucapkan kepada dua orang guru ini.
 " gunalah barang ni untuk anak tu ye"
" bentangkan elok-elok tau"

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tahniah kepada murid-murid tahun 6/2010 diatas keputusan UPSR yang dikeluarkan pada hari ini.
Keputusan setiap matapelajaran adalah seperti berikut B.Melayu Pemahanan 95.45 %. B. Melayu Penulisan 70.45 %. B Inggeris 68.18%. Matematik 75% dan sains 90.91 %. Seramai 44 orang murid telah menduduki UPSR tahun ini dan memperolehi keputusan 56.8 % lulus
Seorang pelajar telah mendapat 5A ( Siti NurafifahBaktiar) 3 Orang 4A 1B (Nurul Fatin Bt Mohd Noh,Rosain Taibridon dan Siti Nur Adriana Rosli)dan 4 orang 3A 2B(Khairul Mukhlis Ismail,Kohgulan Aridas,Siti Nur Shafika Husein danNur Emeyza Lajim). Mereka adalah antara pelajar Score A. Tahniah Kepada adik Siti Nur Afifah Bt Baktiar yang telah memperolehi keputusan cemerlang 5A.
Adik Siti Nur Afifah yang memperolehi 5A

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua guru-guru skpj terutama sekali guru-guru yang mengajar tahun 6 2010 :Cikgu Sazali ,Cikgu Roziah,Cikgu Hairina,Cikgu Zalida,Cikgu Adnan dan Cikgu Nor Idzma.
Semoga pada tahun hadapan skpj akan mendapat keputusan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah....

Minggu pergi kursus..............

               Minggu ini hampir separuh dari guru-guru di sekolah diminta menghadiri pelbagai kursus. Sekolah kekurangan guru bermula pada hari selasa hingga jumaat.Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan kepada guru kerana kurikulum baru telah diperkenalkan setelah 10 tahun KBSR disemak .Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini melibakan hampir kesemua matapelajaran di tahun 1.Kursus KSSR ini telah bermula 2 minggu yang lalu melibatkan matapelajaran B melayu dan B Inggeris.Minggu ini pula melibatkan matapelajaran Sains dan Dunia Teknologi dan mapelajaran Pendididkan Seni dan Muzik
            Sebahagian lagi guru menghadiri kursus LINUS di Muar selama 3 hari (10-12), Kursus yang membantu menyediakan murid boleh menguasai 4M.

Habis Sudah Bulan BBK SK Paya Jakas


          Pada hari isnin yang lepas telah diadakan  Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan ,di mana pada hari-hari sebelumya telah dijalankan beberapa pertandingan seperti pertandingan membaca,membaca sajak dan melukis serta mewarna.Guru besar Tn Hj Za`bar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
          Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang, mereka telah dapat menunjukkan bakat sebenar mreka di dalam pertandingan yang disertai.Walaupun, peluang memenangi hadiah sepatutnya diberikan kepada pelajar lain, tidaklah pelajar menerima hadiah lebih dari satu,kenalah beri peluang pelajar yang lain menunjukkan bakat mungkin bakat mereka tersimpan dan malu.
           Diucapkan tahniah sekali lagi kepada semua guru-guru yang menjayakan Program BBK ini terutama kepada penyelaras kita Pn Rohiza Bt Hussain.


                                      







sebahagian murid yang menerima hadiah pertandingan