Pages

Selamat Bertugas di sekolah baru...

"Tahniah dan Selamat bertugas di sekolah baru" inilah ucapan yang akan keluar dari semua guru dan staff di sekolah SKPJ dua hari ini. Cikgu Mohd Ghazali B Haron telah ditukarkan ke SK Dato` Seri Maharajalela, dari surat yang diterima tarikh pertukaran adalah bermula 16 Februari 2011.Walaubagaimanapun beliau telah menerima surat dan dipanggil ketaklimat pada hari ini 23/2/2011.
jangan tak buat kerja tau !



Tahniah !

Ucapan Tahniah kepada Pn Roziah Bt Wasimin  dan Pn Hamidah Bt Abdullah di atas kenaikan pangkat suami mereka ... Suami Pn Roziah iaitu Cikgu Yazid telah dinaikkan pangkat kepada GPK Kokurikulum di SK Pogoh, manakala suami Pn Hamidah Cikgu Mohd Ilham Ganesh telah dinaikkan pangkat kepada GPK HEM di sekolah tempat bertugas iaitu SK Jementah...

MAJLIS IKRAR DAN MOTIVASI MURID BERSAMA IBU BAPA SKPJ 2011

Rabu, 23 Februari adalah hari yang sangat bertuah kepada warga sekolah SK Paya Jakas kerana telah berjaya menjalankan Majlis Hari Ikrar dan Motivasi Murid bersama Ibubapa untuk murid-murid tahun 6. Kehadiran Ibu bapa sangat membanggakan.Majlis Motivasi ini telah menjemput En Joehadi Bin Parcho ,Pegawai Khas Kokurikulum ,Pegawai Pelajaran Daerah Kluang.Semoga dengan motivasi yang dijalankan ini dapat memberikan semangat yang baru dan berupaya membawa kejayaan yang cemerlang kepada diri sendiri dan sekolah.
           Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En Joehadi yang sudi hadir ke Sekolah Paya Jakas memberikan motivasi yang sungguh berkesan......