Pages

PERLEMBAGAAN KELAB GURU 2011

PERLEMBAGAAN KELAB GURU SK PAYA JAKAS

1. Keahlian :

Semua guru SK Paya Jakas dan Kakitangan Pejabat adalah menjadi ahli secara langsung selama mana bertugas di sekolah ini.

2. Yuran:

Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab yang terdiri dari :
i. Yuran Keahlian : RM 80.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kelab.
ii. Yuran Kebajikan : RM 20.00 setahun dinamakan Wang Tabung Kebajikan.
Pungutan yuran akan dijalankan oleh Bendahari Kelab yang dilantik. Pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut :
i. Bayaran penuh : RM 100 sekali gus.
ii. Dua kali setahun iaitu RM 50 penggal pertama dan RM 50 penggal kedua
iii. Berkala mengikut kemampuan
3. Kegunaan Wang Tabung Kelab:
3.1 Hadiah untuk ahli-ahli yang bertukar atau bersara dengan syarat berkhidmat
sekurang-kurangnya 2 tahun di SK Paya Jakas. Hadiah bernilai RM 20 dan
ditambahnilai sebanyak RM 5.00 x jumlah tahun berkhidmat ( kecuali 2 tahun
pertama). Nilai hadiah boleh ditingkatkan jika terdapat sumbangan ikhlas atau derma
daripada ahli atau pihak lain.
3.2 Sakit dan diwadkan.
Bagi ahli yang dimasukkan ke hospital kecuali atas sebab bersalin akan dihadiahkan
sebakul buah bernilai RM 20.00. Wakil Kelab akan menziarahi.

3.3 Membeli pelbagai peralatan yang sesuai untuk kegunaan atau keperluan semua.
3.4 Membeli hadiah Hari Guru mengikut kadar yang sewajarnya.( di mesyuaratkan)
3.5 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan bersalin anak pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.
3.6 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan berkahwin pada kali pertama sahaja
semasa berkhidmat di SK Paya Jakas.

3.8 Hadiah Harijadi .
Bagi meraikan harijadi ahli, Kelab Guru akan melaksanakan mana-
mana cara berikut :
i. Membelikan hadiah khas, atau
ii. Mengadakan jamuan / pot-luck . atau
iii. Mengadakan majlis bacaan doa selamat atau
iv. Memberi sijil / kad ucapan selamat menyambut hari lahir.
Harijadi bagi bulan November dan disember akan digabungkan.
4. Jamuan
4.1 Mana-mana ahli kelab yang bertukar atau bersara dan telah berkhidmat sekurang-
kurangnya 2 tahun, jamuan perpisahan akan diadakan. Perbelanjaan akan dipungut
daripada ahli-ahli yang lain. Jamuan juga boleh dibuat secara pot-luck di mana ahli-
ahli kelab menyumbangkan makanan mengikut kemampuan untuk juadah jamuan.
4.2 Jamuan tahunan akan diadakan pada hujung tahun untuk semua ahli. Tempat akan
ditetapkan oleh AJK . Bayaran tambahan akan dipungut daripada ahli mengikut kadar
yang diperlukan . Pasangan dan anak-anak adalah optional dan perlu membayar kos
tambahan jika kos bayaran utama tidak mencukupi .
5. Kematian.
Jika berlaku kematian, Kelab Guru akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut :
i. Kematian ahli akan disumbangkan dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah
nilai melalui pungutan derma.
ii. Kematian ahli keluarga ahli ( suami, isteri, ibu bapa dan anak ) akan disumbangkan
dari Wang Tabung Kebajikan dan tambah nilai melalui pungutan derma.
iii. Wakil kelab akan menziarahi kematian ahli muslim dan menyerahkan sumbangan.
iv. Majlis bacaan Yasin dan tahli akan diadakan.
v. Bagi kematian ahli non-muslim, sumbangan akan diberi sebelum upacara pengkebumian.
6. Menunaikan Fardu Haji
Derma ikhlas akan dipungut daripada ahli-ahli untuk disumbangkan kepada ahli-ahli yang
akan mengerjakan ibadah haji. Majlis doa selamat akan diadakan.

7. Kegiatan Luar
7.1 Kelab Guru akan menerima pelawaan atau jemputan pihak luar untuk
membuat promosi, pameran , ceramah, aktiviti kesukanan , kemahiran hidup , kelas
fardu ain dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan perlu diadakan. Sebarang aktiviti
luar adalah terbuka kepada semua ahli untuk menyertainya.
7.2 Hari Keluarga atau Sukaneka akan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan besar ahli kelab.

8. Derma
Jika terdapat permohonan derma daripada luar, kutipan akan dibuat di kalangan guru-guru
secara sukarela.

9. Baju Rasmi Sekolah
Baju Rasmi Sekolah akan dipersetujui bersama dari segi jenis dan kosnya. Bayaran kos akan
dipungut daripada setiap ahli.

10. Mesyuarat
10.1. Mesyuarat Agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru 1 pada setiap tahun.
10.2. Mesyuarat AJK akan diadakan sepenggal sekali atau mengikut keperluan.

No comments:

Post a Comment